Repositori Dasar dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Hasil Carian Umum : 17 rekod.
Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam
Pekeliling ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan dalam pelaksanaan data terbuka agensi sektor awam bagi menggalakkan perkongsian data, meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah, cepat dan telus serta ... menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Pelaksanaan data terbuka kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif kerajaan digital. Pekeliling ini telah dibangunkan berdasarkan kepada amalan terbaik data terbuka yang dilaksanakan oleh negara-negara luar dan dinilai oleh badan antarabangsa melalui penilaian barometer oleh World Wide Web Foundation serta maklum balas yang diterima daripada agensi sektor awam.
Garis Panduan Penggunaan ICT Ke Arah ICT Hijau Dalam Perkhidmatan Awam
Panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai amalan penggunaan peralatan ICT ke arah ICT Hijau bagi menyokong Dasar Teknologi Hijau Negara dalam Perkhidmatan Awam. Terdapat tiga peringkat utama yang perlu ... di ambil kira dalam amalan ICT Hijau iaitu: (a) Peringkat Perolehan; (b) Peringkat Penggunaan Peralatan ICT; dan (c) Peringkat Pelupusan.
Penggunaan Smartphone, Personel Digital Assistant Dan Alat Komunikasi Mudah Alih Sebagai Saluran Komunikasi Tambahan
Surat Arahan ini memaklumkan, Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) pada 6 Ogos 2009 telah memutuskan supaya capaian e-mel melalui penggunaan smartphone, PDA dan alat-alat komunikasi mudah alih tidak ... disekat dengan syarat-syarat berikut: (a) Mematuhi peraturan-peraturan sedia ada; dan (b) E-mel yang dihantar dan diterima tidak melibatkan dokumen terperingkat. Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua maklumat Kerajaan dikendalikan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. Sebarang perbuatan mendedahkan maklumat Kerajaan adalah bertentangan dengan Arahan Keselamatan dan Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2000 iaitu Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Semua Ketua Jabatan adalah dipohon untuk mengambil tindakan sewajarnya agar peraturan ini dipatuhi dan dipantau sepenuhnya dengan berkesan.
Standards, Policies and Guidelines - Malaysian Government Interoperability Framework (MyGIF) Version 1.0
Dokumen ini menggariskan perincian cadangan hasil penyelidikan dan analisis yang dijalankan dalam membangunkan Rangka Kerja Malaysian Government Interoperability Framework (MyGIF). Dokumen ini mengandungi maklumat piawaian ICT dan cadangan spesifikasi teknikal ... untuk digunakan dalam MyGIF. MyGIF ini menggariskan set piawaian ICT dan spesifikasi teknikal yang minima diperlukan dalam pentadbiran sistem komunikasi, saluran maklumat dan proses pertukaran data yang berkaitan kementerian, agensi dan jabatan. MyGIF merangkumi lima bidang interoperability iaitu Interconnection, Data Integration, Information Access, Security dan Metadata.
Penggunaan Dan Pemakaian Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) Sebagai Standard Di Agensi-Agensi Kerajaan
Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan penggunaan Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) sebagai standard di semua agensi kerajaan serta menerangkan tindakan yang perlu diambil oleh agensi-agensi kerajaan dalam melaksanakannya. Jawatankuasa Data ... Dictionary Sektor Awam telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1999. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh MAMPU dan dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Tujuh kumpulan kerja telah ditubuhkan untuk membangunkan data dictionary bagi setiap kategori data yang dikenalpasti. Kumpulan-kumpulan kerja ini juga dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan kategori data dictionary yang dibangunkan. Data dictionary yang telah dibangunkan oleh kumpulan-kumpulan kerja ini telah diluluskan untuk pelaksanaan di semua agensi kerajaan oleh Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil.1 Tahun 2001 pada 17 Mei 2001 bagi kategori Data Generik dan pada 4 Mac 2002 bagi kategori Data Spesifik. Semua Ketua Jabatan adalah diminta untuk mengambil tindakan-tindakan seperti yang digariskan di dalam pekeliling ini.
Pelaksanaan Perkongsian Pintar Antara Agensi-Agensi Kerajaan Dalam Bidang Teknologi Maklumat
Pekeliling ini bertujuan menyediakan garis panduan bagi pelaksanaan perkongsian pintar antara agensi-agensi kerajaan dalam bidang pembangunan teknologi maklumat (IT) dan tindakan yang perlu diambil oleh agensi-agensi kerajaan. Perkongsian pintar merangkumi ... perkongsian antara pihak-pihak berikut (a) Antara agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan; (b) Di kalangan agensi-agensi persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan; dan (c) Antara sektor awam dengan sektor swasta.
Panduan Mengenai Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia
Pekeliling ini mengandungi garis panduan mengenai pelaksanaan dasar Persyarikatan Malaysia di peringkat Kementerian, Jabatan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah, termasuk pihak-pihak berkuasa tempatan. Konsep Persyarikatan Malaysia adalah menekankan pentingnya ... kerjasama yang bermakna di antara perkhidmatan awam dan sektor swasta bagi tujuan memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Kejayaan sektor swasta yang membawa perkembangan dan peningkatan keuntungannya akan memastikan lebih banyak penghasilan pendapatan negara melalui pungutan pelbagai jenis cukai oleh Kerajaan. Adalah amat perlu bagi perkhidmatan awam mempastikan bahawa sektor swasta mencapai kejayaan.